Senin, 03 Januari 2011

PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI


PROGRAM  RAMADHAN DEKAT DI HATI
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SM TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
TAHUN 2008


01.  PENDAHULUAN

            Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.
           
02.  RASIONAL

Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah bagi melahirkan insan yang bersih dari rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Justeru, Panitia Pendidikan Islam SM Teknik Perdagangan Johor Bahru mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan al-Mubarak untuk melancarkan program ”Ramadhan Dekat Di Hati” demi memastikan seluruh warga SMTP dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah.

03. OBJEKTIF
3.1.   Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak
3.2    Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain
3.3.   Memberi peluang warga sekolah menambahkan amal jariah dengan mewakafkan al-Quran
3.4.    Menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan guru dan pelajar
3.5.    Melengkapkan keperluan surau sekolah seperti al-Quran dan surah Yasin
3.6.    Memanfaatkan ICT sebagai metodologi dakwah yang berkesan

04. TARIKH
           
            Sepanjang Bulan Ramadhan.

05.  KUMPULAN SASARAN
        
5.1         Semua pentadbir, guru dan staf sekolah.
               5.2     Pelajar Islam tingkatan 4 dan 5

06.  AKTIVITI

Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati
Risalah Ramadhan
Saham Wakaf At-Taqwa
Tadarus Al-Quran
Majlis Khatam Al-Quran
Pelancaran Buku Bimbingan Rohani
Kuiz Ramadhan
Ramadhan Ke Udara
Sehari Satu Tip
Ramadhan Maya
Drama Ramadhan
Nur Pagi

Pelancaran Ramadhan Dekat Di Hati
Program Ramadhan Dekat Di Hati akan dilancarkan secara rasminya oleh Puan Pengetua. Ia bertujuan bagi menerangkan matlamat dan objektif program ini dijalankan. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan juga boleh dimaklumkan kepada seluruh warga sekolah.

Risalah Ramadhan
Ia merupakan edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan Dekat Di Hati . Risalah akan diedarkan sebanyak 2 kali sepanjang Ramadhan dengan pengisian mengikut fasa iaitu di awal Ramadhan dan di akhir Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Saham Waqaf at-Taqwa
Program ini memberi peluang kepada guru , staf dan pelajar membuat sedekah jariah dengan memberi sumbangan al-Quran untuk keperluan jemaah Surau at-Taqwa. Peserta akan diberikan borang penyertaan dan membayar sebanyak RM 10 untuk sebuah al-Quran. AJK akan membeli sejumlah al-Quran dan meletakkannya di surau.

Tadarus Al-Quran
Melalui program ini pelajar dan guru akan dibahagikan kepada kumpulan kecil . Pelajar dan guru akan bertadarus membaca al-Quran . Waktu yang ditetapkan untuk pelajar ialah ketika amali solat di surau dan di asrama pada setiap petang ( 4.45 – 5.15 ). Manakala di kalangan guru ialah pada
 
Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada akhir Ramadhan setelah pelajar selesai khatam al-Quran melalui program tadarus harian. Majlis dijalankan di surau pada pukul 5.30 - 6.30 petang dan diikuti majlis berbuka puasa serta diakhiri dengan solat sunat terawih.

Pelancaran Buku Bimbingan Rohani
Sempena Ramadhan yang mulia , Buku Bimbingan Rohani Pelajar akan dilancarkan dan akan diedarkan kepada pelajar . Buku ini mengandungi pelbagai ilmu dan panduan tentang ibadah wajib dan sunat , adab , ayat hafazan, surah Yasin dan Ma’thurat , dan sebagainya. Ia bermatlamat untuk membimbing pelajar agar menjadi muslim yang berilmu dan beramal.

Kuiz Ramadhan
Bagi menggalakkan pelajar membaca pelbagai maklumat tentang Ramadhan, aktiviti kuiz akan diadakan dengan mengemukakan pelbagai soalan berkaitan Ramadhan. Pelajar dikehendaki mencari jawapan kuiz melalui pelbagai sumber seperti risalah bercetak, info di Wakaf al-Ghazali dan internet.

Ramadhan Ke Udara
Ia merupakan satu program di mana pelbagai maklumat tentang Ramadhan akan disiarkan melalui Radio SMTP. Antara pengisiannya ialah petikan ayat al-Quran dan hadis, petua puasa, sampaikan salam Ramadhan dan sebagainya.

Sehari Satu Tip
Satu tip atau petua untuk menjadikan ibadah puasa  Ramadhan lebih berkesan akan dipaparkan pada setiap pagi iaitu semasa perhimpunan pagi dijalankan. Maklumat tersebut juga akan dijadikan soalan bagi aktiviti kuiz Ramadhan.

Ramadhan Maya
Seiring dengan perkembangan ICT, maklumat tentang Ramadhan boleh disalurkan melalui internet. Sebuah laman web akan dihasilkan untuk menjadi sumber rujukan pelajar berkaitan ibadah puasa dan sebagainya.

Nur Pagi
Bacaan ayat suci al-Quran atau zikir munajat akan dipasang selama 10 minit sebelum perhimpunan pagi dimulakan. Ia sebagai satu kaedah bagi mendidik jiwa agar mencintai al-Quran dan sentiasa mengingati Allah.

Drama Ramadhan Bersiri
Iaitu sebuah program dimana drama yang berkaitan dengan Ramadhan akan ditayangkan di televisyen ( Zon Lingkaran Ilmu ) selama 15 minit ketika waktu rehat.  Ia diharap dapat mendidik pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang puasa melalui rancangan video yang dipaparkan.


07.         URUSETIA / JAWATANKUASA PENGELOLA

            Sila rujuk Lampiran 1.



08.    ANGGARAN PERBELANJAAN

         8.1.    Sepanduk                           ( RM  200.00 x 2 )         RM 400.00       
         8.2.    Hadiah                                                                   RM 100.00
                                                                                                            _________
                                                                
                                                                                                RM 500.00
                                                                                                            =========

09.  SUMBER KEWANGAN

9.1        Dana Aktiviti Pendidikan Islam                               RM 500.00


10. PENUTUP


          Mudah-mudahan usaha sedikit ini akan berupaya mengimarahkan bulan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun segala usaha ini diharapkan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada seluruh warga sekolah agar matlamat dan objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan jayanya.




Disediakan oleh,                                                            Disahkan oleh                                                  




 (KHAIRUL ANUAR HJ. RAMLAN)                                               ( HJH. ZALIHAR BT. ABDUL GHANI )
Pengarah Ramadhan Dekat Di Hati                                Pengetua
SM Teknik Perdagangan Johor Bahru                             SM Teknik Perdagangan Johor Bahru




Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM RAMADHAN DEKAT DI HATI



Pengerusi
Hjh. Zalihar bt. Abdul Ghani


 


Naib Pengerusi 1
Puan Lilis bt. Firdaus


 


Naib Pengerusi II
Puan Hamidah bt. Mohd. Noor


 


Setiausaha
Ustaz Khairul Anuar Hj. Ramlan
























Nur Pagi

Pelancaran Buku Bimbingan Rohani

Drama Bersiri
 


Saham Waqaf At-Taqwa

Sehari Satu Tip
 


Tadarus Al-Quran &

Majlis Khatam Al-Quran

Qiamullail


 


KHAIRUL ANUAR RAMLAN
 

RIZAL AMIN ABD GHANI
 

MOHD. FIRDAUS AHMAD
 




Risalah Ramadhan

Ramadhan Maya
 


Kuiz Ramadhan

Ramadhan Ke Udara

 



ALWEE SHAMRIN
 

JUHAIDAH HUSNA
 
 

1 komentar:

  1. Anda ingin mendapatkan komisi tambahan disamping penghasilan tetap anda Silakan klik http://alphayankee/situspertama/news.php?

    BalasHapus